Di pantai timur Semenanjung Malaysia, rumah-rumahnya banyak dipengaruhi oleh masyarakat awal yang menetap di kawasan itu iaitu masyarakat Thailand dan Kemboja. Ini kerana pada abad ke-2 sehingga ke-16 kebanyakan kawasan di Terengganu dan Kelantan termasuk Patani di bahagian selatan Thailand merupakan jajahan Melayu Langkasuka.
Jika rumah-rumah di pantai barat Semenanjung Malaysia dilihat berdasarkan bumbung, di pantai timur pula ia dilihat berdasarkan tiang-tiang yang dibina untuk menyokong ibu rumah. Ibu rumah yang kecil digelar rumah bujang atau rumah tiang enam manakala ibu rumah yang lebih besar digelar rumah serambi atau pun rumah tiang dua belas.
Bumbung rumah-rumah berkenaan selalunya diperbuat daripada genting yang digelar singhorra sempena nama sebuah bandar di Songkhla, selatan Thailand.
- Comments